Laporan untuk Pengurusan Sumber
1.0 Pengenalan ( https://fayekps3014.blogspot.com/ )
- Pengurusan dapat didefinisikan sebagai sebuah aktiviti merancang dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu organisasi berkaitan dengan segala cara, prinsip atau peraturan, tanggungjawab serta tugas-tugas kakitangan (Mohd Zamuri,2002).
- Negara kita yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang berpengetahuan tinggi untuk maju setanding dengan negara-negara maju di dunia.
- Oleh itu, Pusat Sumber Sekolah (PSS) sentiasa melakukan penambahbaikan dalam sistem pendidikan supaya barisan generasi akan datang menjadi lebih berintelektual.
2.0 Tinjauan Bacaan ( https://patraciagindon-kps3014.blogspot.com/ )
- Pada era globalisasi kini, sekolah fokus dalam kaedah pendidikan berpusatkan pelajar. (student-centred learning)
- Sumber yang ada di sekolah perlu berada dalam keadaan yang sempurna bagi memastikan strategi pelaksanaan pengurusan sumber dapat meningkatkan keputusan akademik sekolah.
- Abdul Rahman (1993) menyatakan bahawa pusat sumber hendaklah memainkan peranan sebagai ‘the nerve center of the school’ yang menggerakkan dan mengembangkan kurikulum.
3.0 Objektif Kajian ( https://kellynashanie-kps3014.blogspot.com/ )
- Mengenalpasti kepentingan pusat sumber di sebuah sekolah.
- Mengetahui keberkesanan pusat sumber sekolah sebagai pemangkin kecemerlangan pelajar.
- Mengkaji peranan pusat sumber sekolah dalam menanam sikap suka membaca dalam kalangan pelajar.
4.0 Kaedah Kajian ( https://pengurusanpembelajaran01.blogspot.com/ )
- Temu bual bersama guru yang mengurus pusat sumber di sekolah tersebut. Soalan-soalan yang telah kami sediakan adalah soalan-soalan berbentuk berstruktur. Soalan telah disediakan terlebih dahulu dan akan ditanya mengikut urutan (tiada soalan tambahan akan ditanya semasa temu bual).
- Pencarian maklumat tambahan melalui internet telah dilakukan dalam kajian ini. Mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam menulis kertas kajian.
- Catatan lapangan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang berada di sekolah tersebut.
5.0 Dapatan Kajian ( https://kps3014pengurusansumbersueswyna.blogspot.com/ )
- Selepas melawat sekolah dan menjalankan sesi temu bual bersama guru, data yang telah diperolehi akan dianalisis. Terdapat 3 jenis informasi yang difahami melalui transkripsi temu bual, pencarian maklumat internet dan dari segi pemerhatian melalui catatan lapangan.
5.1 Mengenalpasti kepentingan pusat sumber di sesebuah sekolah
- Tempat penyimpanan bahan rakaman berbentuk kaset, CD dan dll yang berunsur pendidikan.
- Fail-fail lama berkaitan program sekolah yang telah dijalankan masih tersimpan dalam sudut arkib sebagai rujukan.
- Untuk menyimpan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang diletak di dalam kotak lutsinar.
- Berfungsi sebagai tempat pelajar belajar menggunakan pelbagai jenis media (majalah, komputer, dll).
5.2 Mengetahui keberkesanan pusat sumber sekolah sebagai pemangkin kecemerlangan pelajar
- Jika PSS dimanfaatkan dengan baik dan sepenuhnya, sesebuah sekolah mampu menjadi sekolah yang cemerlang.
- Dengan adanya pelbagai jenis bahan seperti televisyen dan komputer, pelajar dan guru digalakkan untuk kerap berkunjung ke PSS.
- Pelajar boleh mengulangkaji pelajaran atau membuat perbincangan berkumpulan di dalam PSS dengan selesa dan tanpa gangguan.
5.3 Mengenalpasti peranan pss dalam memupuk semangat membaca dalam pelajar
- Program yang sentiasa dilaksanakan oleh pihak Pusat Sumber Sekolah setiap tahun adalah Program NILAM (‘Nadi Ilmu Amalan Membaca’).
- Dilaksanakan pada tahun 1999 bertujuan untuk menanam sikap suka membaca dalam kalangan murid.
- Terdapat banyak lagi program dan aktiviti yang dilakukan, seperti yang dijelaskan oleh Cikgu B semasa temu bual.
6.0 Perbincangan ( https://pengurusanpembelajaranabigail.blogspot.com/2019/ )
- Setelah temu bual dijalankan bersama guru yang bertugas dalam mengurus bahan pusat sumber di sekolah tersebut, terdapat pelbagai proses dan kaedah yang perlu dilalui dalam mengendalikan sumber sekolah.
- Dari segi aspek kepentingan, pusat sumber membawa banyak faedah kepada guru-guru dan para pelajar.
- PSS membantu mereka untuk melaksanakan sesi P&P yang lebih seronok serta senang difahami kerana sumber-sumber yang ada mampu menarik minat pelajar di dalam kelas.
- Hashim (1981) dan Zulkefli (1992) menyatakan bahawa perpustakaan harus diuruskan dengan cekap untuk menggalakkan pelajar menggunakan bahan bacaan dengan berkesan.
- Memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran pelajar dengan mendapatkan sumber atau bahan yang tepat.
- Kewujudan PSS juga membolehkan mereka untuk mengulangkaji pelajaran di ruangan yang kondusif.
- Jelas sekali, PSS merupakan tempat untuk pelajar memupuk minat terhadap membaca buku kerana wujudnya pelbagai jenis bahan bacaan yang disediakan oleh pihak sekolah.
- PSS menyediakan buku-buku lain seperti kamus, majalah pendidikan dan bibliografi yang berupaya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan murid.
7.0 Rumusan ( https://shirleykps3014.blogspot.com/ )
- Pengurusan sumber sekolah yang cemerlang dapat memanfaatkan teknologi dan kemampuan kakitangan sekolah sepenuhnya secara efektif.
- Ini dapat membantu merangsang potensi pelajar dan menjadikan pengurusan sekolah menjadi lebih mudah.
- Oleh itu, pengurusan sumber menjadi keperluan utama sekolah.
8.0 Rujukan
Raja Rozita Raja Ariff Shah. (2013). Pengurusan pusat sumber sekolah di sekolah menengah zon bandar Segamat, Johor (Disertasi Tesis Sarjana). Diperoleh daripada http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/Raja Rozita Binti Raja Ariff Shah.TP.pdf
Yusof Boon & Rohaizad Selemin. (2010). Penggunaan pusat sumber sekolah (PSS) dalam pengajaran guru di dua sekolah menengah kebangsaan di kawasan Skudai (Disertasi Kedoktoran. Diperoleh daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/10647/1/Penggunaan_Pusat_Sumber_Sekolah.pdf
Comments
Post a Comment